3 Disember 2009

jet - shaka rock

Share



satu lagi album dari jet. aku minat gile ngan jet. xtau nape. lagu memang tahap rabak tekak punye nyanyi. tapi melodi wajib ade. melodi sampai ketahap pop pulak tu. tapi sound gita, voc tetap vintage. roll drum pun ala2 70's style (betulke??). tapi aku memang nak mmenjerit gak la kalo dengan lagu shine on. walau pun lepas nyanyi mesti tekak kering. tapi kau tabahkan gak nyanyi. haha.. jet memang the best la.

ni antara track-track yang terkandung dalam album shaka rock ni :

Track Listing
Shaka Rock
# Title Length
1. "K.I.A (Killed in Action)" 3:31
2. "Beat on Repeat" 2:32
3. "She's a Genius" 3:01
4. "Black Hearts (On Fire)" 3:14
5. "Seventeen" 3:41
6. "La Di Da" 2:55
7. "Goodbye Hollywood" 4:13
8. "Walk" 3:07
9. "Times Like This" 3:22
10. "Let Me Out" 3:12
11. "Start the Show" 3:59
12. "She Holds a Grudge" 4:17
Bonus Tracks (Japan Edition)
# Title Length
13. "Don't Break Me Down" 3:35
14. "Everything Will Be Alright" 2:54
Bonus Track (Vinyl Edition)
# Title Length
13. "One Hipster One Bullet" 2:12
Bonus Tracks (iTunes Edition)
# Title Length
13. "Look What You've Done (iTunes Originals Version)" 3:54
14. "Are You Gonna Be My Girl? (iTunes Originals Version)" 3:34
15. "Never Tear Us Apart (Acoustic) [Pre-order only]" 3:18

download :
http://rapidshare.com/files/269618128/shakaJ3Trock.rar

Propaganda

Share
bermula dari bila aku pun dah lupe. tapi harga pelbagai barang mencanak naik. harga untuk keperluan sering meninggi. sehinggakan gaji hanyalah untuk beli barang keperluan. nak beli barangan lain tunggu bonus la. kalo ade bonus la. kalo xde. jual goreng pisang. kalo rajinla. kalo malas. pegi jahanam..

tapi aku pelik setiAP bende yang menaikkan perbelanjaan harian disokong sepenuhnya oleh media. walaupun ade cakap2 YG XBERAPE MENYOKONG. tapi bikin hati panas bro. selambe senyonyong mak die je nak naik harga sebab mengikut kadar kenaikan dunia. dan lebih murah berbanding harga negara terdekat. nenek die!!. yang buat panas tu media war war kan yang dengan menaikkan harga bende tertentu. kerajaan dapat menjimatkan berbilion. tapi mane berbilion tu pergi. memang bertambah panas.

yang paling latest gua denga. pasal nak tarik balik subsidi gula. memang jahanam betul perangai.. tak tau sebab ape. yang penting die cakap bagi subsidi gula hanya menguntungkan peniaga dan pengilang. wak lu!! kalo lu kasi tarik subsidi. secara automattik harga gula naik. kan? kalo dah harga gula naik. ko ingat harga barang nak naik manual?? mesti la naik auto gak ngok.. yang tak bole blah media macam berita ngan suratkhabar mempropagandakan situasi. sibok cakap penduduk Malaysia mengambil gula berlebihan, yang menyebabkan risiko berpenyakit kencing manis tinggi. jadi dengan kenaikan harga ini akan menyokong dan membantu dalam mengurangkan pesakit kencing manis. ade kene mengena tak? xde siot. nak minum manis ape ade setakat naik 20 30 sen.. lain la kalo naik sekilo seribu ringgit. memang sumpah aku xkan minum air bergula. aku minum air garam je la... ko bayang kan dulu tahun 1997 keje kilang atau pasaraya dapat la RM600 sebulan.. sekarang lbh kurang same.. sebulan ade la dalam RM700 ~ RM800. harga barang setiap penjuru naik. nak naik gaji macam haram ape ntah susah. geng2 kapitalis pemodal ni dah la untung juta2. xkan nak naikkan sikit gaji pun kede.. lagi hati bertambah marak panas..

tiap2 hari dok baya cukai la. service la. tol la. last2 dapat propaganda baik punya... nasib2

18 November 2009

Muse - The resistance

Share



album baru dari muse. dengan adunan lagu secukup rasa. malah boleh dikatakan sangat rapi susunan mahupun arrangement. dapat memahami kehendakkan peminat. dan juga boleh dianggap sebagai masterpiece. karektor lagu yang penuh, epik, orchestrial, dark dan segar. dengan memuat kan 11 buah track :

1. "Uprising" – 5:02
2. "Resistance" – 5:46
3. "Undisclosed Desires" – 3:56
4. "United States of Eurasia (+Collateral Damage)" – 5:47
5. "Guiding Light" – 4:13
6. "Unnatural Selection" – 6:54
7. "MK Ultra" – 4:06
8. "I Belong to You (+Mon cœur s'ouvre à ta voix)" – 5:38
9. "Exogenesis: Symphony Part 1 (Overture)" – 4:18
10. "Exogenesis: Symphony Part 2 (Cross-Pollination)" – 3:56
11. "Exogenesis: Symphony Part 3 (Redemption)" – 4:37 - Total - 12:51

dapat dilihat Muse sememangnya kaya dengan idea mahupun kreativiti. dengan gabungan 3 ahli kumpulan yang saya rasakan saling berinteraksi baik dalam menghasilkan sesebuah lagu. muse berjaya menonjolkan identiti dan impak mereka. menjadikan album the resistance ini sangat berbaloi untuk dimiliki. saya lihat disini chemistry antara mathew, chris & dominic semakin sebati dan matang. dengan pengalaman dalam siri2 album yang lepas. mereka dapat menterjemah dengan baik pengalaman mahupun kreativiti secara baik didalam album The resistance ini.

2012 review

Share



saat yg ditunggu telah tiba, satu filem penuh kesan khas. penuh debaran. penuh ketakutan. saat satu kepercayaan tentang ketamatan dunia telah hadir. file 2012 telah memaparkan satu teori kebahangan matahari yang akan menggelegakkan perut bumi. menjadikan perut bumi panas untuk memuntahkan lahar panas dan menceatus gempa. yang bakal menjadikan ombak besar tsunami mahupun rekahan bumi.

kisah bermula disekitar tahun 2008 rasenye. apabila ahli geologi di india dapat mengesan kenaikan mendadak kepanasan suhu perut bumi. dan saintis amerika telah turun ke india untuk memastikan keadaan masih dalam keadaan selamat. tetapi seperti apa yg telah ahli geologi india tersebut sampaikan. ia telah bertambah serius sejak 2 hari lalu. bermula dari saat itu. pihak kerajaan US telah mencari tarikh bilakah saat kemuncak keadaan tersebut. sambil berkonklusi dengan ketua2 disetiap negara mengumpul dana untuk membina ark.

terus terang, mungkin kerana terlalu bayak kesan khas menyebabkan cerita sangat perlahan. disamping itu ia telah menimbulkan rasa gerun tentan hari kiamat.

9 Julai 2009

kawan

Share

Suatu petang yang dingin, seronok aku duduk-duduk bawah pokok rendang. Sambil mengenakan rasa goreng pisang yang aku belikan di simpang tadi. Perlahan sepoi angin membantai muka sambil disimbah sedikit bahang petang. Tetapi aku rasa keadaan tetap selesa. Selesa-selesa orang yang penghidupannya seperti aku ini. Seorang pelajar sekolah menengah yang petangnya kosong tanpa terisi padat jadual .

Aku juga berkawan, tapi kawan jenis pelesaran. Bukan jenis yang aku suka kawankan. Kawan-kawan yang inginkan perhatian dan penuh dengan nafsu baru meningkat. Betul bukan jenis keminatan aku. Disekolah mungkin aku paksakan diri lepak ditangga bersama mereka. Tapi di luar sekolah jangan lah diharap aku hendak melepak-lepak kosong. Selesa aku duduk-duduk menghirup udara dan meresap bahang kecil petang. Sangat nyaman rasanya. Melihat kenderaan lalu lalang. Dan terkadang ada kawan-kawan mengankat tangan tanda mengenali aku.

Lena aku menghabiskan masa begitu, bersebelahan batang jalan adalah padang kecil tempat budak-budak bermain bola. Kecil sangat kiranya padang itu. Sekadar main girang-girang bersama rakan rasaku. Seronok melihat gelagat mereka cuba meniru aksi pemain pro. Tersadung kaki. Disepaknya balik kawan. Berkejar mengejar bola dirembat sekuat hati bola yang entah bila hendak tepatnya.

Ada juga budak-budak bermain kayuh basikal. Berlumba-lumba. Siapa juara. Terjerit-jerit. Sangat meriah rasanya keadaan petang disekitar kawasan perumahan aku. Sanggup aku menghabis masa dengan begitu. Rela aku mengisi masa aku dengan ketenangan. Biar aku tidak berkawan. Asal aku kekal lapang tenang.

Aku sukakan keadaan ini. Tapi kiranya aku bukan lagi disini. Mungkin aku akan rindukan saat ini. Saat aset minda aku berkembang dengan gaya ini. Berkembang mekar menjadi seseorang insan. Saat terbentuk seorang aku. Seorang manusia yang mana mungkin sama dengan yang lain. Aku sangat bersyukur atas kurniaan ini, kelahiran dan kewujudan ini.

7 Julai 2009

masa

Share
masa selalu menerkam kita
terhad masa kerana jarak
terhad masa kerana suntuk
terhad masa kerana lewat

komitmen seluroh hari
manakan dapat diminimum masa
kalu bukan bertaroh sesuatu
masakan masa kasihani kita

kita terus berlegar dalam ruang masa
suntok terus mengejarnya
mengejarnya cipta suntok
canggeh apa boleh membantu kita
sehingga habes dunia
mana mungkin masa diberhentikan

terus kaji mencoba
coba mencari litar masa
coba mencari wayar masa
coba mencari pengawal masa

masa yang diciptakan
bukan untuk kita hentikan
manusia menciptakan kiraanya
kiraan yang dicipta, masa hanya nama

ternyata hidup atas paksi masa
satu lumrah
lumrah untuk terus bersebab
bersebab untuk hidup

hayati masa dalam kehidupan
tawaduk dalam segenap segi
pasti masa bukan hal
masa pasti megikot kita

bola sepak. bentok hiburan atau perpaduan?

Share
meriah bola sepak luar negara, berjuta perpindahan nota wang. berbodong-bodong minta gaji dinaikkan. berpusu-pusu wakil cari makan. bercerita, berbincang pakej tawar-menawar, pakej siap selia. pakej rangsangan kelab.

" inilah pelaburan paling untung dan berjaya" (kata wakil). promosi diri tanpa selindung.
ini lah dunia bola sepak mereka telah cipta. wang boleh membeli bakat.
tapi mesti ada isi. isi mesti melekat.terbukti. ada keupayaan.baru boleh cerita pakej.

kita suka tengok mereka mencari rezeki dengan mengejar bola, letih, berpeluh, bersorak, menjerit, cedera, berseret, menyambut gol, aksi ghairah mengawal bola.

mereka puas dalam misi mendapat gol, mata, menarik perhatian tok ketua, menarik perhatian dunia, menarik perhatian lensa...

mereka mencipta dunia bola sepak mereka sambil menarik kita. menarik kita untuk mengikuti perkembangannya. kita suka malah merai sakan. mempamer riak dengan bergempita gembira lompat, andai pasukan pilihan menang sambil mengutuk pasukan kawan kawan.

apakah bola sepak betul membena empayar hiburan atau perpaduan antarabangsa?

mana teras kemajuan negara?

Share
teras kemajuan negara, dari mana puncanya. meronta-ronta cari bagaimana melahir anak-anak penuh jiwa revolusi. dengan segelintirnya pula tidak memerlukannya pula.

apa pula pemikiran mereka? kanak-kanak terus bersikap kanak-kanak. kanak-kanak yang berbudak-budakan. otak disumbat pelbagai cekedis. terturap hiburan. terperam dendam dan suka ria dunia. terus terusan dimarakkan gelojak jiwa yang begitu.

akhirnya mudah, sistem akedemik dan kemampuan saraan keluarga juga nadi yang paling utama..

siapa michael jackson?

Share
susuk maikel jeksen cukup dikenali, pemergian diratapi hiba. saban semua berkumpul, berpeluk, bertandatangan, menitis-nitis air seperti sengsara.

gelodak jiwa kerana si Tuan empunya nama diatas (MJ) sudah tiada lagi, sudah tidak dapat lagi mempersembah joget tari, sudah tiada dapat bernyanyi penuh tenaga raga, tiada dapat meruntun hati peminat menjerit kerasukan, dengan pergi tanpa ada pengganti, akan meniggalkan lohong rinduan hampir legam setiap hari.

hampir banyak corong tetuang udara bercerita, gebang, memutar, terang siapa disebalik nama gah yang diura-ura label king of pop.

sambil pakar akedemik, pakar Universiti, makmal-makmal, membuat kajian tentang segala yang berkait sangkut berkenaan MJ. ilmiah akedemik, pehghibur, hiburan, kedai kopi, orang-orang, pekerja, pekerja kilang, pekebun sedikit tempias merebak akan tentang pengkebumiannya si "king of pop"

lantas selepas saban minggu berpinar terus mempamer cerita berkaitan (MJ), sederap hati tertanya.. siapa Michael Jackson dalam menyumbang pada dunia ini??

selamat datang

Share
dahulu lepas. dalam sebulan. adalah reka tulis cerita. tepek di blog. cerita-cerita dari ruang daya tangkap sensitif sendiri. berbuak-buak onar. cerita pasal. seronok sendiri tulis. suka tidak suka siapa peduli kemudian.

sekarang terpana, apa sudah jadi cerita makin tunggang terbalik. apa cerita lama. bukan lagi boleh guna. selamata datang kepada aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...