18 Mei 2010

Selepas Sedar, sedikit lepas Suboh hari Minggu

Share
PART 1

Dapat bangun pagi memang seronok. lebih-lebih lagi kalau dapat bangun sedikit lepas subuh. di padankan lagi dengan hari minggu. hari cuti yang memang ditunggu-tunggu bagi orang bosan dengan kerjayanya. disuaikan lagi waktu ketika cahaya fajar sipi menjenguk tanah.. wah.. seronok..

tidak tahu kenapa, tetapi waktu itu ada satu perasaan syahdu yang menebal. cahaya malap-malap pagi yang kelam-kelam terik sinar mentarinya. waktu yang aku sangat suka dinginnya, seperti nyaman pagi di kampung, kampung sebelah mak. dimana diimiginasikku nyamannya yang dikelilingi sawah padi terbentang, luas seluasnya. sejauh mata memandang. saat dan suasana yang aku rasa akan terus melenyap. saat dan keadaan yang aku pasti akan aku kenang selagi aku bernadi..

Dengan malas-malas remaja aku berjalan dengkot mencapai tuala. tuala lusuh yang aku pakai sehingga hampir berderai benang, nampak tetas-tetas teksturnya. bukan kerana aku tak mampu beli baru, tapi kerana aku tak pernah hirau akan kondisinya. bagi aku selagi dapat membalut tuboh lepas mandi, ia masih praktikal dan boleh guna. satu mentaliti bagus dari aku, penyakit yang belum pernah ada obat.

Selepas berjaya mecapai tuala, mentaliti kebiasaan aku datang lagi. malas. aku cuba mendapatkan kembali posisi di tengah-tengah katil, aku cuba untok percaya aku cuma akan melelap untok 5 minit. tetapi selepas masak dengan perangai sendiri.
mana mungkin aku boleh lelap 5 minit. paling kuat mungkin aku akan melelap mata untuk sejam dua lagi.

ahh tidak!! aku tidak mahu terlepas pagi yang sebegini lagi. aku tidak mahu situasi 2, 3 minggu lepas terjadi lagi.. dimana aku berjaya bangun tetapi tidak berjaya untuk mengekalkan sedarku selepas 10 minit..

aku gagahkan juga, aku paksakan mata untuk celik, aku paksakan kaki untuk melangkah. tidak dapat melangkah, aku merangkak, tidak dapat merangkak aku mengesot. nekad aku. aku gosok-gosok mata supaya fokus mengantok melenyap. tapi mata tetap memberat, sedangkan mata sudah naik merah kerana dogosok berkali-kali.

bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...