7 Julai 2009

bola sepak. bentok hiburan atau perpaduan?

Share
meriah bola sepak luar negara, berjuta perpindahan nota wang. berbodong-bodong minta gaji dinaikkan. berpusu-pusu wakil cari makan. bercerita, berbincang pakej tawar-menawar, pakej siap selia. pakej rangsangan kelab.

" inilah pelaburan paling untung dan berjaya" (kata wakil). promosi diri tanpa selindung.
ini lah dunia bola sepak mereka telah cipta. wang boleh membeli bakat.
tapi mesti ada isi. isi mesti melekat.terbukti. ada keupayaan.baru boleh cerita pakej.

kita suka tengok mereka mencari rezeki dengan mengejar bola, letih, berpeluh, bersorak, menjerit, cedera, berseret, menyambut gol, aksi ghairah mengawal bola.

mereka puas dalam misi mendapat gol, mata, menarik perhatian tok ketua, menarik perhatian dunia, menarik perhatian lensa...

mereka mencipta dunia bola sepak mereka sambil menarik kita. menarik kita untuk mengikuti perkembangannya. kita suka malah merai sakan. mempamer riak dengan bergempita gembira lompat, andai pasukan pilihan menang sambil mengutuk pasukan kawan kawan.

apakah bola sepak betul membena empayar hiburan atau perpaduan antarabangsa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...