9 Julai 2009

kawan

Share

Suatu petang yang dingin, seronok aku duduk-duduk bawah pokok rendang. Sambil mengenakan rasa goreng pisang yang aku belikan di simpang tadi. Perlahan sepoi angin membantai muka sambil disimbah sedikit bahang petang. Tetapi aku rasa keadaan tetap selesa. Selesa-selesa orang yang penghidupannya seperti aku ini. Seorang pelajar sekolah menengah yang petangnya kosong tanpa terisi padat jadual .

Aku juga berkawan, tapi kawan jenis pelesaran. Bukan jenis yang aku suka kawankan. Kawan-kawan yang inginkan perhatian dan penuh dengan nafsu baru meningkat. Betul bukan jenis keminatan aku. Disekolah mungkin aku paksakan diri lepak ditangga bersama mereka. Tapi di luar sekolah jangan lah diharap aku hendak melepak-lepak kosong. Selesa aku duduk-duduk menghirup udara dan meresap bahang kecil petang. Sangat nyaman rasanya. Melihat kenderaan lalu lalang. Dan terkadang ada kawan-kawan mengankat tangan tanda mengenali aku.

Lena aku menghabiskan masa begitu, bersebelahan batang jalan adalah padang kecil tempat budak-budak bermain bola. Kecil sangat kiranya padang itu. Sekadar main girang-girang bersama rakan rasaku. Seronok melihat gelagat mereka cuba meniru aksi pemain pro. Tersadung kaki. Disepaknya balik kawan. Berkejar mengejar bola dirembat sekuat hati bola yang entah bila hendak tepatnya.

Ada juga budak-budak bermain kayuh basikal. Berlumba-lumba. Siapa juara. Terjerit-jerit. Sangat meriah rasanya keadaan petang disekitar kawasan perumahan aku. Sanggup aku menghabis masa dengan begitu. Rela aku mengisi masa aku dengan ketenangan. Biar aku tidak berkawan. Asal aku kekal lapang tenang.

Aku sukakan keadaan ini. Tapi kiranya aku bukan lagi disini. Mungkin aku akan rindukan saat ini. Saat aset minda aku berkembang dengan gaya ini. Berkembang mekar menjadi seseorang insan. Saat terbentuk seorang aku. Seorang manusia yang mana mungkin sama dengan yang lain. Aku sangat bersyukur atas kurniaan ini, kelahiran dan kewujudan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...