7 Julai 2009

masa

Share
masa selalu menerkam kita
terhad masa kerana jarak
terhad masa kerana suntuk
terhad masa kerana lewat

komitmen seluroh hari
manakan dapat diminimum masa
kalu bukan bertaroh sesuatu
masakan masa kasihani kita

kita terus berlegar dalam ruang masa
suntok terus mengejarnya
mengejarnya cipta suntok
canggeh apa boleh membantu kita
sehingga habes dunia
mana mungkin masa diberhentikan

terus kaji mencoba
coba mencari litar masa
coba mencari wayar masa
coba mencari pengawal masa

masa yang diciptakan
bukan untuk kita hentikan
manusia menciptakan kiraanya
kiraan yang dicipta, masa hanya nama

ternyata hidup atas paksi masa
satu lumrah
lumrah untuk terus bersebab
bersebab untuk hidup

hayati masa dalam kehidupan
tawaduk dalam segenap segi
pasti masa bukan hal
masa pasti megikot kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...