sambungan
Ketika dalam bas, keadaan jadi kurang terkawal. Ada bau-bau yang kurang enak. Tidak sangka kanak-kanak awal umur begini tidak tahu jaga kebersihan. Bau stoking kuat. sudahlah bau kuat, Kepam pula. Amir jadi terganggu. Di ruang otak yang saling berhubung cuba amir mencari salah, Kenapa kerajaan tak semai budaya cintakan kebersihan Ketika umur baru mula mencari angka (ketika kecil)? Detik hati amir menyalahkan beberapa dasar kerajaan. Amir terkejut juga. Kenapa tiba-tiba amir berfikiran seperti orang dewasa. Mana mungkin amir tahu tentang isu berat berkaitan dasar negera ini. Menarawang fikiran amir sehinggalah sampai ke topik yang logik dengan usia & situasi Amir iaitu ingin memberi bunga kertas pada ibu..
Pak cik manap hari ni bawak boleh tahan perlahan. Bikin jiwa gelora. Boleh pula mai-main brek. Muka amir beberapa kali tersembam ditempat yang keras. Amir hanya boleh bermuka tawar. Berkaca mata amir bila tahu diri seperti diperkotak-katik pak cik manap yang baru tadi dipuji oleh kerana disiplin masa yang terbilang. Ah biarkanlah. Hati amir tetap pada ibu. Ingin diberikannya bunga kertas pada ibu. Ingin melihat ibu gembira. Biarlah pakcik manap memandu dengan apa cara sekali pun. Ia bukanlah satu halangan yang besar bagi amir.
Setelah beberapa orang murid dihantar, lokasi rumah amir pun semakin tiba. Bergetar hati amir ingin pulang. Kembang hidung amir apabila memikirkan ibu akan memuji amir secara berterusan, biasanya direct 2 minggu paling kurang. Amir mesti menggembirakan ibu hari ini. Wajib. Terpacaklah van pakcik manap depan rumah. Meluru keluar lah amir berlari anak mencari pintu rumah. Selepas memberi salam. Meluru amir kebilik untuk mempersiap resepsi untuk sessi pemberian bunga kertas pada ibu. Amir menyalin baju. Menyusun strategi supaya peristiwa penting ini dikenang ibu. Dikeluarkan kotak yang diyakini ada bunga kertas tercantik didalam.
Tanpa buang masa terus amir kearah ibu, dengan kotak dipegang cermat ditangan kiri sambil kotak menyelidung betul dibelakang badan amir. Ketika ibu sedang selesa duduk disofa. Amir terkial-kial cuba menutup mata ibu. Ibu amir tidak terkejut. Amir memang suka memberi kejutan-kejutan begitu. Susprise katanya. Cuma kali ini apalah kejutannya lagi. Ibu amir pun menutup matanya dengan tangannya sendiri, tanda faham kerenah amir. amir tersipu malu kerana ibu memahaminya. Lama ibunya menutup mata, dekat 3 minit, sedang amir masih ketawa kecil dengan riak muka bangganya. Lepas puas bangga, diletakkan kotak tersebut tepat diatas riba ibu. Tanpa membukanya. Amir mahu ibunya membuka sendiri untuk lebih kejutan.
“ibu bukalah sendiri, susprise”
kata amir sambil senyuman berbekas lagi.
“la, macam tu pulak, tak de poin la ibu tutup mata lama-lama tadi”
balas ibu ringkas dan padat. pakai power kod..
“ye ke amir ade suruh ibu tutup mate, tak perasan pulak, sowi”
amir pun jawab ringkas, terpengaruh cara ibu tadi. Tapi senyuman tadi masih kekal.
Pada waktu ketika ibu membuka kotak tersebut, amir telah pun menutup mata. Yakin dengan rancangannya yang selancar angin. Tunggu ibu hadiahi ciuman kasih sayang didahi je tinggal.Tetapi dalam tempoh masa tersebut. Hidung amir dapat menangkap bau yang agak pekat. Mana mungkin bunga kertas tadi berbau pekat semacam stokin. Paling kuat pun kalau ada bau, bau gam je kot.
Dalam suasana yang tenteram dan hening tanpa bunyi, tiba-tiba vocal ibu mengambil tempat
“ kenapa amir nak bagi bende berbau ni kat ibu, yakni stokin” kata ibu dalam not E# minor .
............................................................
“ eh, stoking ke, bukan bunga kertas ke bu? komform? ” amir buka mata yang tadi tertutup, terus anak mata menangkap objek utama (stoking). wth, wtf, waklu! (dlm hati) Ape kes! Bergetar lutut amir menahan geram, menahan air mata, menahan malu. rabak!
“babi” kata kata amir direct, dalam hati. Amir belum cukup dewasa untuk mencarut depan ibu. Disini lah amir belajar mencarut dan jadi pemberontak. Kerana seringkali dipermain Mei Lin, Minah ketagih belajar. Sebelum ini amir agak sopan dengan menggunakan ayat carutan seperti cipan, tenuk, monyet & tupai. Tapi kali ini amir rasa kene keras sikit. “babi”…
HA HA HA HA HA HA (h.g.)
BUNGA KERTAS UNTUK IBU - part #1
22 September 2010
Stock foto : Suitcases
Stock foto : Suitcases
Genre: Stock Images ~ Objects
detail...
7 jpg / 4800x3600 / 18.26 Mb
sedot...
kelik sini
Labels:
StOcK fOtO
Langgan:
Catatan (Atom)