9 Julai 2009

kawan

Share

Suatu petang yang dingin, seronok aku duduk-duduk bawah pokok rendang. Sambil mengenakan rasa goreng pisang yang aku belikan di simpang tadi. Perlahan sepoi angin membantai muka sambil disimbah sedikit bahang petang. Tetapi aku rasa keadaan tetap selesa. Selesa-selesa orang yang penghidupannya seperti aku ini. Seorang pelajar sekolah menengah yang petangnya kosong tanpa terisi padat jadual .

Aku juga berkawan, tapi kawan jenis pelesaran. Bukan jenis yang aku suka kawankan. Kawan-kawan yang inginkan perhatian dan penuh dengan nafsu baru meningkat. Betul bukan jenis keminatan aku. Disekolah mungkin aku paksakan diri lepak ditangga bersama mereka. Tapi di luar sekolah jangan lah diharap aku hendak melepak-lepak kosong. Selesa aku duduk-duduk menghirup udara dan meresap bahang kecil petang. Sangat nyaman rasanya. Melihat kenderaan lalu lalang. Dan terkadang ada kawan-kawan mengankat tangan tanda mengenali aku.

Lena aku menghabiskan masa begitu, bersebelahan batang jalan adalah padang kecil tempat budak-budak bermain bola. Kecil sangat kiranya padang itu. Sekadar main girang-girang bersama rakan rasaku. Seronok melihat gelagat mereka cuba meniru aksi pemain pro. Tersadung kaki. Disepaknya balik kawan. Berkejar mengejar bola dirembat sekuat hati bola yang entah bila hendak tepatnya.

Ada juga budak-budak bermain kayuh basikal. Berlumba-lumba. Siapa juara. Terjerit-jerit. Sangat meriah rasanya keadaan petang disekitar kawasan perumahan aku. Sanggup aku menghabis masa dengan begitu. Rela aku mengisi masa aku dengan ketenangan. Biar aku tidak berkawan. Asal aku kekal lapang tenang.

Aku sukakan keadaan ini. Tapi kiranya aku bukan lagi disini. Mungkin aku akan rindukan saat ini. Saat aset minda aku berkembang dengan gaya ini. Berkembang mekar menjadi seseorang insan. Saat terbentuk seorang aku. Seorang manusia yang mana mungkin sama dengan yang lain. Aku sangat bersyukur atas kurniaan ini, kelahiran dan kewujudan ini.

7 Julai 2009

masa

Share
masa selalu menerkam kita
terhad masa kerana jarak
terhad masa kerana suntuk
terhad masa kerana lewat

komitmen seluroh hari
manakan dapat diminimum masa
kalu bukan bertaroh sesuatu
masakan masa kasihani kita

kita terus berlegar dalam ruang masa
suntok terus mengejarnya
mengejarnya cipta suntok
canggeh apa boleh membantu kita
sehingga habes dunia
mana mungkin masa diberhentikan

terus kaji mencoba
coba mencari litar masa
coba mencari wayar masa
coba mencari pengawal masa

masa yang diciptakan
bukan untuk kita hentikan
manusia menciptakan kiraanya
kiraan yang dicipta, masa hanya nama

ternyata hidup atas paksi masa
satu lumrah
lumrah untuk terus bersebab
bersebab untuk hidup

hayati masa dalam kehidupan
tawaduk dalam segenap segi
pasti masa bukan hal
masa pasti megikot kita

bola sepak. bentok hiburan atau perpaduan?

Share
meriah bola sepak luar negara, berjuta perpindahan nota wang. berbodong-bodong minta gaji dinaikkan. berpusu-pusu wakil cari makan. bercerita, berbincang pakej tawar-menawar, pakej siap selia. pakej rangsangan kelab.

" inilah pelaburan paling untung dan berjaya" (kata wakil). promosi diri tanpa selindung.
ini lah dunia bola sepak mereka telah cipta. wang boleh membeli bakat.
tapi mesti ada isi. isi mesti melekat.terbukti. ada keupayaan.baru boleh cerita pakej.

kita suka tengok mereka mencari rezeki dengan mengejar bola, letih, berpeluh, bersorak, menjerit, cedera, berseret, menyambut gol, aksi ghairah mengawal bola.

mereka puas dalam misi mendapat gol, mata, menarik perhatian tok ketua, menarik perhatian dunia, menarik perhatian lensa...

mereka mencipta dunia bola sepak mereka sambil menarik kita. menarik kita untuk mengikuti perkembangannya. kita suka malah merai sakan. mempamer riak dengan bergempita gembira lompat, andai pasukan pilihan menang sambil mengutuk pasukan kawan kawan.

apakah bola sepak betul membena empayar hiburan atau perpaduan antarabangsa?

mana teras kemajuan negara?

Share
teras kemajuan negara, dari mana puncanya. meronta-ronta cari bagaimana melahir anak-anak penuh jiwa revolusi. dengan segelintirnya pula tidak memerlukannya pula.

apa pula pemikiran mereka? kanak-kanak terus bersikap kanak-kanak. kanak-kanak yang berbudak-budakan. otak disumbat pelbagai cekedis. terturap hiburan. terperam dendam dan suka ria dunia. terus terusan dimarakkan gelojak jiwa yang begitu.

akhirnya mudah, sistem akedemik dan kemampuan saraan keluarga juga nadi yang paling utama..

siapa michael jackson?

Share
susuk maikel jeksen cukup dikenali, pemergian diratapi hiba. saban semua berkumpul, berpeluk, bertandatangan, menitis-nitis air seperti sengsara.

gelodak jiwa kerana si Tuan empunya nama diatas (MJ) sudah tiada lagi, sudah tidak dapat lagi mempersembah joget tari, sudah tiada dapat bernyanyi penuh tenaga raga, tiada dapat meruntun hati peminat menjerit kerasukan, dengan pergi tanpa ada pengganti, akan meniggalkan lohong rinduan hampir legam setiap hari.

hampir banyak corong tetuang udara bercerita, gebang, memutar, terang siapa disebalik nama gah yang diura-ura label king of pop.

sambil pakar akedemik, pakar Universiti, makmal-makmal, membuat kajian tentang segala yang berkait sangkut berkenaan MJ. ilmiah akedemik, pehghibur, hiburan, kedai kopi, orang-orang, pekerja, pekerja kilang, pekebun sedikit tempias merebak akan tentang pengkebumiannya si "king of pop"

lantas selepas saban minggu berpinar terus mempamer cerita berkaitan (MJ), sederap hati tertanya.. siapa Michael Jackson dalam menyumbang pada dunia ini??

selamat datang

Share
dahulu lepas. dalam sebulan. adalah reka tulis cerita. tepek di blog. cerita-cerita dari ruang daya tangkap sensitif sendiri. berbuak-buak onar. cerita pasal. seronok sendiri tulis. suka tidak suka siapa peduli kemudian.

sekarang terpana, apa sudah jadi cerita makin tunggang terbalik. apa cerita lama. bukan lagi boleh guna. selamata datang kepada aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...