CINTA IBU ADALAH CINTA YANG AGUNG
remuk hati seorang ibu, menyirami pusara anak yang
belum sempat meluahkan rasa cinta kepada ibunya sebelum pergi
belum sempat meluahkan rasa cinta kepada ibunya sebelum pergi
KUALA LUMPUR - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akhirnya meninggal dunia semalam.
Nor Hashimah Wahid, 30, disahkan meninggal dunia pukul 6.35 pagi akibat jangkitan paru-paru ketika sedang menjalani latihan Modul Jati Diri di Kem Latihan Jugra, Banting anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sejak 23 Mei lalu.
Difahamkan, Nor Hashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipaksa menjalani latihan lasak di situ walaupun pernah mengadu tidak sihat.
Seseorang pelatih PTD wajib mengikuti latihan tersebut selama tujuh bulan yang merupakan antara syarat untuk pengesahan jawatan.
Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu tidak sihat ketika latihan masuk hari kedua tetapi dia disahkan hanya mengalami demam biasa selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
"Keadaan bertambah buruk apabila kami semua dipaksa menjalani latihan fizikal yang keras termasuk berkayak selama empat jam, berendam dalam kolam berlumpur dan minum air jus stoking," katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, ekoran latihan lasak itu, Nor Hashimah semakin tenat apabila mukanya kelihatan pucat dan bibir kebiru-biruan sebelum dihantar ke HTAR Jumaat lalu.
Sementara itu, abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, memberitahu, mereka sekeluarga amat kesal dengan tindakan pihak pengurusan program latihan yang langsung tidak memberitahu mereka mengenai kesihatan Nor Hashimah.
"Pelatih tidak dibenarkan menggunakan telefon dan masa arwah demam pun mereka tidak beritahu kami. Suami arwah hanya dihubungi selepas dia dimasukkan ke ICU," katanya.
Dalam pada itu, ibu mangsa, Norlia Hashim, 61, memberitahu, dia mendapati ada kesan luka dan lebam pada tubuh anak bongsunya itu ketika memandikan jenazah
"Bagaimanapun, saya tidak tahu apakah punca kesan lebam dan luka itu," katanya.
CATITAN
.......................................
ini cerita duka lara manusia
cerita tentang duka sebelum pergi
cerita tentang remuk hati seorang ibu
"apakah kesakitan ibu melahirkan kamu
adalah untuk melihat kamu pergi dulu dari ibu
apakah salah dan dosamu sehingga sampai nafas terakhir
sehingga hujung dasar nyawa baru lahir belas kasihan
ibu masih mahu mendengar suaramu, masih mahu tahu
apa mahu mu, masih mahu tahu apa kehendakmu,
sesungguhnya jika ibu tahu kamu akan pergi dahulu, segala permintaan
terakhirmu adalah pemberian maha bermakna sepanjang hidup ibumu ini"
tetapi aku percaye ibumu ini pasti redha qada' dan qadar tuhan..
aku percaye hikmah yg hebat akan menemani ibumu sekeluarga selagi
ibumu ini bernadi & bernafas...... doaku
adakah manusia kini sudah buta?
adakah manusia kini tidak tahu tipu atau benar?
adakah manusia kini telah gelap hatinya?
adakah manusia kini sudah hilang naluri kemanusiaannya?
aku lebih takut untuk mempercayai bahwa manusia sudah tiada kemanusiaan.
ini adalah petunjuk kita ke hujung penjuru zaman
ini adalah petunjuk tentang betapa dekatnye zaman lenyap khalifah manusia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan