23 Mei 2010

UBAT KUAT RAGUT NYAWA

Share
UBAT KUAT RAGUT NYAWA - mymetro

BUKTI...Abang Zack menunjukkan koleksi ubat kuat miliknya.


BUTTERWORTH: Tidak takut mati! Itu tindakan gila segelintir lelaki yang sanggup menggadai nyawa demi memuaskan nafsu serakah dengan mengambil ubat menambah tenaga seksual tanpa mengetahui status kandungan dan syarikat pengeluar ubat berkenaan.

Seorang kaki ‘ubat kuat’ tegar yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Zack, 50-an, dalam pengakuannya berkata, kes kematian ketika melakukan hubungan seks itu membabitkan seorang rakannya dan ia berlaku pertengahan tahun lalu.

“Umur rakan saya itu hampir sebaya dengan saya. Dia mati ketika melakukan hubungan seks dengan isterinya. Saya yakin kematiannya ada kaitan dengan ubat kuat kerana sebelum pulang ke rumah dia memaklumkan kepada saya yang dia mengambil ubat yang kami namakan ‘pil sempoi’ untuk melayan isterinya.


“Esoknya saya menerima berita kematiannya dan ketika menghadiri pengebumiannya, saya dimaklumkan dia makan sebiji lagi pil sempoi sebelum mengadakan hubungan seks dengan isterinya,” katanya.

..................

MEMANG MACAM SERONOK DENGA IKLAN KUAT..
TENGOK BUNGKUSAN TERTARIK, GERSANG.
LAGI2 DENGA GEBANG TUKANG JUAL UBAT..

TAPI GEBANG DIE TAK DE TAULIAH..
GEBANG YG BOLEH BINASA BADAN..
GEBANG DIE CARI UNTUNG..
BUNGKUSAN YG TERTARIK JUGE TAK
BERBALOI SBG PGANTI NYAWA...

NAME PIL PUN SEMPOI..
LAINKALI BELI UBAT JANGAN SEBARANG BELI..

NANTI AKIBATNYE PUN SEMPOI-SEMPOI JE..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...