ini situasi sangat tidak seronok
Kebanjiran kereta di sepulusuk jalan amat melemaskan. jika diimbas kembali 20 tahun lalu keadaan mustahil begini. seperkiraan saya lebuh raya sudah bepuluh diturap. sekali bikin 3 atau 4 lane wajib. ini bagi memastikan berduyun kereta masuk supaya kapasiti jalan dpenuhi kenderaan semaksima mungkin atas tujuan memenenuhi kantung pihak konsesi. Ini hukum wajib bagi penganut kapitalis. Bukan lebuhraya sahaja, bahkan jalan2 kampung juga dganti tar. semak2 dan hutan kebanyakkan telah pupus. semua telah dbersih utk dibangunkan kawasan industri, rumah, kedai bertigkat atau jalan. tapi kebanjiran kereta atau kesesakan jalan raya tetap kritikal sedangkan hutan dan semak hampir tiada.
Waktu kritikal ksesakan yang biase dtempuhi, biasanye pnduduk bndar ialah pada waktu pagi dan petang hari bekerja. kesesakan ini seperti tiada sudahnye. ksesakan ini seperti dpersetujui kbanyakan pengamalnya. kesesakan ini seperti suatu rutin bagi penganut berhaluan urban. post mortem klise, balik2 tntg kseriusan memperkasa pengangkutan awam. ini ide lapok. setiap kali bcerita bgaimana nk kurangkan ksesakan. setiap kali jugalah tambah pengangkutan awam. smbil berceramah tntang sifir jadual perjalanan pengangkutan awam akn dipercepat. ini ide sama. idea yg dikitar setiap kali dberi peluang berucap depan kamera.
Rumus penyelesaian sebenarnye seperti mudah. mungkin sukar. mugkin mudah tapi sukar. mungkin sukar tapi mudah. sebab itulah jalan tetap sesak. terlalu banyak layan kemungkinan. kite cube kembali kepada konsep kitaran hidup manusia. kita akan dapat lihat sisi yang terlepas dari pendangan pengilang kenderaan. kita akan cube mamahami rumus tuhan, dimana setiap bende hidup pasti akan mati. dimana setiap hari pasti ada manusia yang akan lahir dan ada manusia yang akan mati. walaupun populasi manusia semakin menambah tapi ia sesuatu yg pasti perlu melalui proses. yang hidup pasti akan mati. yang lama pasti akan berganti baru. itu rumus tuhan....
Tetapi didalam kamus taikun kereta. rumus tuhan bukan sesuatu yang sesuai untuk dipraktikkan dalam urus niaga kereta. ia sesuatu yang tidak memberi keuntungan. jadi sudah pasti bukan sesuatu yang harus diutamakn. perlukah satu penggarisan akta berkaitan pengeluaran dan pelupusan kenderaan wujud bagi mengawal kebanjiran kenderaan di jalan raya? ia tentu sesuatu yang tidak menggembirakan banyak pihak. bayangkan akta dimana setiap kenderaan yang akan dijual mesti digantikan dengan kenderaan yang ingin dilupuskan. manakan manusia mengalami pertambahan populasi sedangkan kenderaan tidak bertambah. logiknye kenderaan mesti bertambah juga. sebenarnye idea ini tidak menyokong semarak kesuburan perniagaan, mahupun kepentingan pengguna.
berselisih ajal, atau bertemu ajal
Nyatalah situasi ini bukan mudah. susuk mana yang mahu tampil untuk menyerap kelemasan sebilangan besar penempuh sesak tegar? batang tubuh mana yang sanggup bekorban untuk keselesaan pemandu menghadapi hari sukar dan penuh tekanan kerna kesesakan? sebenarnya kumpulan penyumbang sesak sifar telah lama wujud. penyumbang sesak sifar yang dmaksudkan ialah penunggang motosikal. walaupn nampak lekeh, kepentingan mereka seharusnye diambil berat. kepentingan mereka seharusnya paling utama. kerana sumbangan mereka besar. kesanggupan mereka menunggang motosikal menjadikan kondisi trafik lebih lancar. dan itu adalah satu sumbangan besar dalam proses pengurangan kesesakan…
Walaupun wujudnya mereka setiap hari diatas turapan jalan hanya diperlekeh si pemandu kereta. malah wujud klasifikasi rempit tidak beradab dibenak sesetengah pemandu kereta. tetapi percayalah. pengukuhan kepentingan, kemudahan & fasiliti penunggang motosikal pasti akan memberikan keputusan yang baik untuk kelancaran sistem trafik Negara. masalah kesesakan jalan raya setiap kali pergi dan balik kerja pasti tidak mencakupi perenggan gelap diari harian pemandu kereta lagi.
Jadi dalami, fahami & amati perenggan terakhir ini. Dimana setiap pemandu perlu tahu. Disebabkan oleh kerana kamu wahai si pemandu tidak tahu menunggang motor, takut, tidak mahu mengharungi hujan, bahaya atau tidak selesa. masanya telah tiba untuk memberikan penghormatan ter-tinggi untuk mereka si penunggang motosikal. lenyapkan ego kamu untuk mengerti bahwa kelas penunggang motosikal lebih mulia dari kamu si pemandu apabila di jalanan. Bahwasanya kesanggupan golongan ini menunggang mengharungi bahaya, hujan, & ketidakselesaan adalah satu pengorbanan yang maha mulia…
3 ulasan:
terbaik!!!
coz i'm a rider n driver so i know those driver mindset.
tak payah jauh,wife aku drive keta selalu sgt marah motorist padahal diorg(motorist-including me) ikut lane. (ada ke lane moto kat malaysia ni klu ada pun , alahai certain tempat n buat syarat jer)
KEKADANG TU MMG DAH TAKDE SPACE SO SELIT JE LAH
apa diorang igt motorist ni selit je dah kira merempit ke?
Kepada pemandu : SEDARLAH!
tq tanpa nama. aku pemandu kereta. aku juga penunnggang. tapi aku tak suke memandu kereta. kerana aku akan bersua dgn ramai manusia yg mementingkan diri sendiri.. ttp jika menunngang motor. aku jarang jmpe golongan spt itu. sbb jalan besar.. ha ha ha..
yeah
kalau pengecut mana berani naik moto. mengutuk je tau nye
Catat Ulasan