Rekaan grafik adalah satu bentuk urusniaga menjual buah fikiran, menjual kreativiti. Jadi sudah menjadi satu perkara yang subkejtif untuk pengaplikasian nilai/harga mengikut pasaran. ini kerana idea/kreativiti bukan satu susuk, yang mmpunyai harga kawalan. Pada perkiraannya nilai sesuatu kreativiti tersebut bolehlah di nilaikan melalui kesediaan dan kepercayaan terhadap rekaan itu sendiri oleh Tuan Punya hakcipta. Unjurkan tentang apa maksud / semantik / semiotik disebalik setiap asas, elemen dan prinsip rekaan tersebut. Dibawah adalah antara faktor penting dalam mnentukan nilai satu-satu rekaan:
* Asas-asas & Elemen : Garisan, Jalinan, Warna, Rupa, Bentuk & Ruang.
* Prinsip : Harmoni, Penegasan (Highlight), Imbangan, Irama dan Pergerakan, Kontra, Kepelbagaian & Kesatuan
Jangan sesekali menjual idea/kreativiti dengan harga cincai, sebagai seorang individu seharusnya kebertanggungjawaban dalam hidup perlu ada, tanggungjawab atas kapasiti seorang pereka. Supaya tidak merosakkan nilai pasaran. sekiranya budaya cincai berleluasa, maka pasaran akan terjejas. Nilai rekaan, nilai pereka akan rosak / merudum. Malah, mungkin tidak ada nilai lagi.
Anda perlu bersedia / tegas dengan apa yang telah anda wujud/rekakan. sekiranya anda mengambil berat maksud, semantik, semiotik, asas, elemen dan prinsip rekaan. maka bernilailah rekaan tersebut. harga rekaan anda bersamaan dengan kesediaan/pakej yang telah anda tawarkan.
19 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan