26 Mei 2010

FARID KAMIL TERIMA IJAZAH SARJANA MUDA UITM

Share


bagus, terus belajar.



SHAH ALAM - Pengarah muda dan pelakon popular, Farid Kamil Zahari semalam menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) pada istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-72 di Dewan Sri Budiman, di sini.

Farid, 29, yang hadir ditemani bapanya, Datuk Dr. Zahari Che Dan, 58, dan ibu, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, 55, tersenyum bangga apabila segala usaha selama empat tahun mengejar ilmu sambil bekerja membuahkan hasil.

Dia yang juga menamatkan pengajian Seni Lakon Teater peringkat diploma di universiti yang sama bersyukur apabila berjaya mencapai cita-cita untuk mengarahkan satu filem sebelum bergelar graduan.

"Saya rasa bertuah kerana cita-cita itu tercapai apabila filem pertama arahan saya, V3 Samseng Jalanan menemui penonton sebelum majlis konvokesyen ini.

"Seterusnya, saya akan menemui penonton dengan filem terbaru lakonan saya, Lagenda Budak Setan sebelum kembali mengarah filem kedua bertajuk Kongsi hujung bulan ini," katanya.

...................................

nak jadi pelakon, penyanyi boleh
tapi jangan jadi pelakon, penyanyi yang benak

nak jadi popular boleh
tapi jangan nak harap jadi idola utk orang lain

susuk yang mahu popular
bukan jenis idola

tapi kalau nak jugak jadi pelakon, penyanyi
jadi lah jenis yang pandai

Salut

ini baru betul artis *beethoven


ini artis yg menjadi *tchaikovsky



ini artis aku sgt suka *Abdullah Hussain


ini bukan artis, ini idola
*Muhammad Yusof Ahmad - Tok Kenali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...