Ada la satu hari, aku dengan agak cuai dengan berlagak selambe mencicirkan road-tax motor di suatu tempat yang aku tak pasti, tak ingat serta dengan beberapa lagi alasan lagi yang dikepilkan bila kawan-kawan bertanya kenapa road tax aku hilang.Cerita bermula begini. Aku penuh dengan konfiden menyangka road tax aku tersimpan kemas didalam jaket. Dan bila pada satu hari yang mana aku tiba-tiba ingin gunakan.. Road - tax aku telah menyembunyikan diri. Aku pasti Bukan aku yang hilang kan.. Kerana diperseingatan aku, road tax tersebut telah tersimpan rapi dijaketku. aku sangat jelas.
Tapi tu lah, road tax tersebut terus-terusan menyembunyikan diri. Aku mengambil masa 2 hari untuk mencari sambil hati yakin mengatakan road tax berada di beberapa lokasi yang kuharapkan tercicir.
Berpeluh mencari dalam rumah. Tidak ketemui. Terus Konfiden tinggal kat ofis.. Juga tidak ketemui. terus semua keyakinan telah lenyap dalam waktu 2 hari sahaja yakni genap dalam masa pencarian road tax tersebut..
Akhirnya aku pasrah dengan qada’ dan qadar tuhan.. Yang pergi takkan kembali lagi.. Biarkanlah road tax aku membawa diri. Mungkin dia merasakan aku tidak sesuai atau serasi dengannya lagi.. Aku rela sahaja..
Langkah pertama yang aku harus lakukan ialah menukarkan kunci motor, sebab aku selitkan kunci dan road tax sekali (lenkali jangan selitkan roadtax skali ngan kunci motor ye kwn2) terus aku mencari pekedai kunci motor untuk berganding bahu dlm memperkasa proses peyelesaian masalah yg dhadapi aku. Siap memang siap, tapi duit tetap kene hulur gak. Biasa lah. RM110 pulak. Dengan service datang rumah lagi.. Huh~ settle stage pertama..
stage kedua pulak pergi memperbaharui Road Tax di pejabat Pos. Jadi aku dengan sempoi - sempoi angin pegi pejabat pos dengan berbekalkan geran motor aku untuk buat road tax baru seperti kebiasaan prosedur. Agak lama gak tunggu.. Lebih 70 orang pelanggan harus aku dahulukan.. Tunggu dan terus tunggu, Menunggu sampai rasa kejang kakiku.. Sehinggalah akhirnya Sampai turn aku. Ku Berjalan perlahan ke kaunter sambil senyum lebar seperti memerli pelanggan lain yang sedang menuggu giliran masing2 sambil dalam hati terdetik “ this is my turn, road taxku akan selesai dalam beberapa minit lagi, korang tunggulah sampai penat dan kejang kaki, padan muke korang ngan aku2 sekali sebab kejang kaki” panjang detik hatiku meraban.
Sesampai ke kaunter, seorang makcik petugas ditempatkan. makcik pos ofis tu dengan muke penat memandang aku sambil menunggu aku besuara dahulu. Aku dengan senyum yang masih berbekas bingkas berkata. “ saya ingin buat road tax baru kerana road tax lama telah hilang disuatu lokasi yang saya tak pasti, sebab kalo saya pasti lokasi road tax yang lama. tak perlulah nak buat road tax baru kan makcik? Lawak tak?” Tanye ku.. Makcik ofis dengan pantas+selamba dan cume memerlukan 10 saat untuk menjawab soalanku “sila ke pejabat polis buat repot, pastu ke JPJ buat road tax baru. harap maklum” dengan muke penatnye tanpa mengiktiraf lawak berkualitiku tadi. Bagai di panah kilat aku tersentak. Kepenatan menunggu aku tidak berbaloi, masalah aku tetap masih belum selesai walaupun aku telah membuang masa menunggu disitu. Senyuman perli kepada pelanggan laen tadi rupenye hanya kosmetik sementara. Sambil aku menniggalkan pejabat pos dengan senyuman sinis pelanggan lain. ku diperli semula, dipulang paku buah keras. Siot!!!
Xpe. Dunia belum berakhir, aku perlu membuat repot polis dan bergegas ke JPJ secepat mungkin. Pada keesokkan harinya pula terus ke pejabat polis membuat repot. Takde masalah langsung, pantas cekap dan amanah. Itulah yang aku harapakan. satu kredit bagi pegawai polis di shah alam. Setelah mendapat salinan kertas repot terus aku ke JPJ untuk mendapatkan road tax..
Disebabkan aku seorang yang amat cermat (disebabkan pengalaman kot), aku telah menelefon JPJ untuk memastikan ape yang perlu aku sertakan supaya sampai disana nanti tak perlulah kecewa sekali lagi. Dia kate bawak geran dan ic sahaja sume akan beres..
Aku pun sediakan bahan-bahan seperti yang dimaklumkan, setelah sampai di JPJ. Seperti biasa, adalah lbh kurang 30 pelanggan laen yang datang awal dari aku untuk didahulukan. Kali ini aku betul yakin. Aku telah melakukan sesuatu perkara dengan begitu cemerlang sekali. Tidak pernah dalam kamus hidup aku berkelakuan cermat seperti ini. Mungkin pengalaman telah menjadikan aku tidak caca marba lagi. Mengajar aku menghargai masa. Masa tidak pernah menuggu kita.. "Demi masa, sesunguhnya manusia kerugian" aku berbisik nyanyi mengikut melodi lagu raihan.
Kali ini reaksi untuk berwajah senyuman sinis kepada pelanggan laen tidak terfikir lagi dibenakku. Aku nak selesaikan masalah yang telah membelenggu aku dalam beberapa hari ini secepat mungkin. Tapi sayangnya. Petugas JPJ disini jauh lebih kerek daripada pejaga ZOO. Tiada senyuman mesra. Yang ada hanyalah muka penat yang mereka lalui sepanjang hari yang memenatkan. Mungkin mereka sangat penat. Takpelah. Biarkanlah. Janji road tax aku siap, sudah.
Tapi aku rase tak adil hanya dorang berkelakuan penat begitu. Untuk menyeimbangkan keadaan penat dua hala. Aku pun buat muka penat macam pekerja lombong timah. akn ku pastikn mereka penat melihat aku yg lbh penat dr mreka yg xberape penat, aku tambahkan efek2 penat dengan merenjis air di didahi dan di celah ketiak. Baru die tau sape lagi penat kat sini. Biar dorang rasakan penat scare fantasi. Huh~
Akhirnya (versi 2) sampailah giliran aku. Semua dokumen kuserah serentak tanpa takut2 dan penuh bergaya sambil hidung kembang kuncup bangga. Petugas JPJ menyemak-nyemak sambil mencari salah. Aku agaklah. Mencari butiran yang tak lengkap. Manakala di pihak aku terus yakin. Ia lengkap yang sangat dan sangat3 sempurna.
Akhirnya dia dapat mengesan ketidaksempurnaan dokumen yang aku sertakan tadi. Iaitu salinan fotostat ic depan belakang. Pergh! Aku terus tekanan tiba-iba. Tidak mengapa. aku sudah melalui hari yang lebih sukar dari hari ini. Aku berlari anak ke kedai fotostat sambil meninggalkan semua dokumen dengan sebab tidak ingin mengambil no. Giliran semula. Selepas membuat salinan fotostat. Terus aku ke pejabat JPJ kembali memberi kepada petugas JPJ sesegera mungkin. Dengan muke senyum2 sumbing petugas tersebut menerima salinan fotostat tersebut. Dan terus menguruskan prosedur mengeluarkan Road tax baru sambil mengepaw Rm20 dariku kerana menghilangkan road tax tersebut. Huhu.. bertambah kering
Aku puas, sangat puas.. Akhirnya aku tidak perlu serabut memikirkan tentang road tax moto aku lagi.. Yay!!
Satu minggu yang sangat penat dalam diari hidup aku akhirnya berakhir.. hurm~ tamat lah cerita. Jgn lah sesekali mengikat bersama kunci motor & Road tax. sekian terima kasih Dan Selamat beramal
21 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
bagus la kongsi citer mcm nie... at least org len boleh tau ape kena buat kalo ilang.... yerla kadang2.. nal tgk portal n cari maklumat mcm org giler... xtentu paham lagi..
Catat Ulasan