Memaparkan catatan dengan label BERITA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA. Papar semua catatan

1 Jun 2010

ARTIKEL UNTUK PENGGEMAR AYAM PASARAYA

Share
Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta


Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama

Dipaksa minum jus stoking - kosmo

Share


CINTA IBU ADALAH CINTA YANG AGUNG

remuk hati seorang ibu, menyirami pusara anak yang
belum sempat meluahkan rasa cinta kepada ibunya sebelum pergi



KUALA LUMPUR - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akhirnya meninggal dunia semalam.

Nor Hashimah Wahid, 30, disahkan meninggal dunia pukul 6.35 pagi akibat jangkitan paru-paru ketika sedang menjalani latihan Modul Jati Diri di Kem Latihan Jugra, Banting anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sejak 23 Mei lalu.

Difahamkan, Nor Hashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipaksa menjalani latihan lasak di situ walaupun pernah mengadu tidak sihat.

Seseorang pelatih PTD wajib mengikuti latihan tersebut selama tujuh bulan yang merupakan antara syarat untuk pengesahan jawatan.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu tidak sihat ketika latihan masuk hari kedua tetapi dia disahkan hanya mengalami demam biasa selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

"Keadaan bertambah buruk apabila kami semua dipaksa menjalani latihan fizikal yang keras termasuk berkayak selama empat jam, berendam dalam kolam berlumpur dan minum air jus stoking," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, ekoran latihan lasak itu, Nor Hashimah semakin tenat apabila mukanya kelihatan pucat dan bibir kebiru-biruan sebelum dihantar ke HTAR Jumaat lalu.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, memberitahu, mereka sekeluarga amat kesal dengan tindakan pihak pengurusan program latihan yang langsung tidak memberitahu mereka mengenai kesihatan Nor Hashimah.

"Pelatih tidak dibenarkan menggunakan telefon dan masa arwah demam pun mereka tidak beritahu kami. Suami arwah hanya dihubungi selepas dia dimasukkan ke ICU," katanya.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Norlia Hashim, 61, memberitahu, dia mendapati ada kesan luka dan lebam pada tubuh anak bongsunya itu ketika memandikan jenazah

"Bagaimanapun, saya tidak tahu apakah punca kesan lebam dan luka itu," katanya.




CATITAN
.......................................

ini cerita duka lara manusia
cerita tentang duka sebelum pergi
cerita tentang remuk hati seorang ibu



biarlah ibu yang mendoakan kamu


"apakah kesakitan ibu melahirkan kamu
adalah untuk melihat kamu pergi dulu dari ibu

apakah salah dan dosamu sehingga sampai nafas terakhir
sehingga hujung dasar nyawa baru lahir belas kasihan

ibu masih mahu mendengar suaramu, masih mahu tahu
apa mahu mu, masih mahu tahu apa kehendakmu,

sesungguhnya jika ibu tahu kamu akan pergi dahulu, segala permintaan
terakhirmu adalah pemberian maha bermakna sepanjang hidup ibumu ini"


tetapi aku percaye ibumu ini pasti redha qada' dan qadar tuhan..
aku percaye hikmah yg hebat akan menemani ibumu sekeluarga selagi
ibumu ini bernadi & bernafas...... doaku


adakah manusia kini sudah buta?
adakah manusia kini tidak tahu tipu atau benar?
adakah manusia kini telah gelap hatinya?
adakah manusia kini sudah hilang naluri kemanusiaannya?

aku lebih takut untuk mempercayai bahwa manusia sudah tiada kemanusiaan.
ini adalah petunjuk kita ke hujung penjuru zaman
ini adalah petunjuk tentang betapa dekatnye zaman lenyap khalifah manusia

26 Mei 2010

FARID KAMIL TERIMA IJAZAH SARJANA MUDA UITM

Share


bagus, terus belajar.



SHAH ALAM - Pengarah muda dan pelakon popular, Farid Kamil Zahari semalam menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) pada istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-72 di Dewan Sri Budiman, di sini.

Farid, 29, yang hadir ditemani bapanya, Datuk Dr. Zahari Che Dan, 58, dan ibu, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, 55, tersenyum bangga apabila segala usaha selama empat tahun mengejar ilmu sambil bekerja membuahkan hasil.

Dia yang juga menamatkan pengajian Seni Lakon Teater peringkat diploma di universiti yang sama bersyukur apabila berjaya mencapai cita-cita untuk mengarahkan satu filem sebelum bergelar graduan.

"Saya rasa bertuah kerana cita-cita itu tercapai apabila filem pertama arahan saya, V3 Samseng Jalanan menemui penonton sebelum majlis konvokesyen ini.

"Seterusnya, saya akan menemui penonton dengan filem terbaru lakonan saya, Lagenda Budak Setan sebelum kembali mengarah filem kedua bertajuk Kongsi hujung bulan ini," katanya.

...................................

nak jadi pelakon, penyanyi boleh
tapi jangan jadi pelakon, penyanyi yang benak

nak jadi popular boleh
tapi jangan nak harap jadi idola utk orang lain

susuk yang mahu popular
bukan jenis idola

tapi kalau nak jugak jadi pelakon, penyanyi
jadi lah jenis yang pandai

Salut

ini baru betul artis *beethoven


ini artis yg menjadi *tchaikovsky



ini artis aku sgt suka *Abdullah Hussain


ini bukan artis, ini idola
*Muhammad Yusof Ahmad - Tok Kenali

KRISIS GULA BERLARUTAN

Share
SEREMBAN - Krisis bekalan gula yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur kini merebak di Negeri Sembilan apabila beberapa pasar raya dan kedai runcit di beberapa buah daerah di sini mendakwa kehabisan bekalan.

Tinjauan Kosmo! di beberapa buah pasar raya dan kedai runcit di sekitar bandar ini mendapati kebanyakan rak gula didapati kosong.

Beberapa peniaga yang ditemui pula memberitahu, bekalan gula sudah terputus sejak tiga hari lalu menyebabkan stok semakin berkurangan.

Malah, terdapat beberapa peniaga yang masih mempunyai sedikit simpanan terpaksa mengehadkan pembelian kepada satu kilogram gula untuk setiap seorang pelanggan.

Difahamkam, beberapa daerah di negeri ini termasuk Jempol dan Rembau turut berhadapan dengan situasi sama.

...............

Alternatif, pakai gule semut


MEMAHAMI KENAPE ADA MASALAH PASAL BEKALAN GULA NI

NAK PROSES GULE SENDIRI LA

NAK BUAT LOAN BUAT BELI TANAH LADANG
TANAM TEBU, BELI MESIN, PROSES BUAT GULA

JUAL MURAH JE
NAK SOROK-SOROK TAK MAIN LA
ORANG NAK BELI SATU AKU OFFER DUA

TAPI MASALAHNYE TAK BOLEH
ORG BIASA TAK BOLEH BUAT
, TAPI 'RAJA GULE' BOLEH

PERMAINAN PUN BERMULA
MULA DENGAN MAEN SOROK-SOROK
PASTU MAEN NAIK-NAIK HARGA
PASTU MAEN KONDA-KONDI.. HAHAHA

DIA BOLE BUAT APA DIE SUKE
JANJI DIE LAGI KAYA DARI SUME MANUSIA



24 Mei 2010

PEROGOL.... JUGA SUAMI - mymetro

Share
PEROGOL.... JUGA SUAMI - mymetro

ini cerita titanic, tak cukup sedih


KUALA TERENGGANU: Hanya kerana mahu menutup malu keluarga selepas anaknya dirogol dan mengandung anak luar nikah, seorang bapa sanggup mengahwinkan anak gadisnya itu dengan perogol terbabit, walaupun menyedari tindakannya itu bakal menjerat diri.
Ternyata, tindakannya itu tidak menyelesaikan masalah berkenaan, malah menyebabkan mangsa fobia dan trauma akibat dirogol selain terpaksa berdepan perogolnya yang juga suaminya.

Untuk memastikan dirinya tidak diganggu, mangsa sanggup menyembunyikan diri kerana takut berdepan suaminya itu.

Lebih malang, mangsa juga terpaksa menanggung malu bersendirian selepas pelbagai tohmahan dilemparkan jiran kerana mendakwa dirinya gadis liar dan mengandung anak haram.

..........

bayangkan hari2 malang yg akn terus dtempuhinya. hari2 seterusnya yg tiada siapa akn tahu sudahnya. lelehknlah air mata darah sekali pun. duka tdk sesekali mereput. duka tdk pernah mudah untuk luput. berdoalah atas kesejahteraan diri. doa kamu adalah doa yg akn dmakbulkan. tabah lah kerna masa depan pasti akn lebih baik. doaku..



KISAH MASYARAKAT YANG DIKETEPI

KISAH YANG LEBIH MENYENTUH HATI DARI TITANIC

KISAH CERITA MANUSIA YANG TIADA SIAPA AMBIL PEDULI
KISAH CERITA INSAN BER-AYAH, BER-IBU TP MEMENTINGKN AIR MUKA

KISAH CERITA TRAGIS MENDEPANI PEROGOL YG 'HALAL' KE ATASNYA
KISAH TRAGIK MAHA DUKALARA SEORANG PEREMPUAN

KISAH YG DPT MERUNTUN JIWA
MANUSIA SEJAGAT
INILAH KISAH LARA MANUSIA TANPA PLIHAN


AIR MATA AKU HALAL UNTUK JATUH..

23 Mei 2010

UBAT KUAT RAGUT NYAWA

Share
UBAT KUAT RAGUT NYAWA - mymetro

BUKTI...Abang Zack menunjukkan koleksi ubat kuat miliknya.


BUTTERWORTH: Tidak takut mati! Itu tindakan gila segelintir lelaki yang sanggup menggadai nyawa demi memuaskan nafsu serakah dengan mengambil ubat menambah tenaga seksual tanpa mengetahui status kandungan dan syarikat pengeluar ubat berkenaan.

Seorang kaki ‘ubat kuat’ tegar yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Zack, 50-an, dalam pengakuannya berkata, kes kematian ketika melakukan hubungan seks itu membabitkan seorang rakannya dan ia berlaku pertengahan tahun lalu.

“Umur rakan saya itu hampir sebaya dengan saya. Dia mati ketika melakukan hubungan seks dengan isterinya. Saya yakin kematiannya ada kaitan dengan ubat kuat kerana sebelum pulang ke rumah dia memaklumkan kepada saya yang dia mengambil ubat yang kami namakan ‘pil sempoi’ untuk melayan isterinya.


“Esoknya saya menerima berita kematiannya dan ketika menghadiri pengebumiannya, saya dimaklumkan dia makan sebiji lagi pil sempoi sebelum mengadakan hubungan seks dengan isterinya,” katanya.

..................

MEMANG MACAM SERONOK DENGA IKLAN KUAT..
TENGOK BUNGKUSAN TERTARIK, GERSANG.
LAGI2 DENGA GEBANG TUKANG JUAL UBAT..

TAPI GEBANG DIE TAK DE TAULIAH..
GEBANG YG BOLEH BINASA BADAN..
GEBANG DIE CARI UNTUNG..
BUNGKUSAN YG TERTARIK JUGE TAK
BERBALOI SBG PGANTI NYAWA...

NAME PIL PUN SEMPOI..
LAINKALI BELI UBAT JANGAN SEBARANG BELI..

NANTI AKIBATNYE PUN SEMPOI-SEMPOI JE..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...